kenyataan KSN disalah tafsirkan………isu kenaikan gaji penjawat awam

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kajian kenaikan gaji daripada dua hingga lima peratus yang sedang dilaksanakan kerajaan pada masa ini hanya melibatkan penjawat awam yang sudah mencapai gaji maksimum.

Beliau berkata, kajian ini bukan membabitkan kenaikan gaji secara keseluruhan bagi perkhidmatan awam.

“Apa yang saya umumkan mengenai kenaikan gaji (semalam), (ada) yang disalah tafsir, sebenarnya apa yang saya maksudkan ialah kita mempunyai penjawat awam yang telah mencapai had maksimum gaji mereka.

Paksu turut simpati kepada gulungan penjawat awam sebegini, kerana setiap tahun asyik terima surat terima kasih atas perkhidmatan mereka. Apa nak buat gaji dah mati sampai paras dinding. Umur muda lagi dan kadang-kadang service ada 5-10 tahun lagi sebelum pencen. Kerja kena kuat juga tapi tiap tahun tiada kenaikan gaji.

Apa salahnya, timbangkan sahaja kenaikan pangkat kepada mereka ini. Lagipun kalau terbukti rekod kerja mereka juga cemerlang dan baik. Naikkan sahaja pangkat mereka ini kepada yang lebih tinggi sikit. Lagipun tak rugi menaikkan pangkat mereka ini kepada yang lebih tinggi sebelum mereka ini pencen dalam keadaan yang menang-menang.

Tidaklah mereka ini akhirnya pencen dalam keadaan marah-marah dan dok menyumpah kepada kerajaan dan terus ambil keputusan menyertai party pembangkang bila bersara nanti………..hahahahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s