Terkandas punya cerita

Semalam riuh cerita pelancung yang naik ke Bukit Bendera Pulau Pinang terkandas selama 4 jam kerana kerosakan keretapi yang menjadi pengankutan utama di situ.

Apa nak diriuhkan, kan alasannya telah diberikan iatu berlaku kerosakan. Apa nak dibuatnya bukan senang-senang boleh hantar keretapi lain untuk menggantikannya.

Kalau nak tahu, kat airport tu hari-hari orang dok maki dan bersungut kerana selalu sahaja jadual penerbangan ditunda atau glamournya disebut “delayed”.

Ana pun terkena juga baru-baru ini apabila terkandas selama lebih 6 jam apabila penerbangan yang sepatutnya berlepas pada jam 1935pm telah tertunda kepada jam 2245pm. Alasanya buksn rosak atau cuaca tapi hanyalah disebabkan kelewatan kapalterbang itu tiba.

Bayangkan penumpang-penumpang lain yang dibelakang dengan 3 penerbangan lain. Gundah gulana masing-masing dengan muka masam terpaksa jugak menunggu tapi tidaklah sampai terfikir nak masuk buletin utama dan muka depan akhbar harian.

ImejImejImejImej

 

Lihatlah keadaan penumpang-penumpang yang penerbangan mereka tertunda atau "delayed". Masing-masing keluh kesah dan masam mukanya hingga tak terkata. Tapi mereka tetap sabar juga menunggu dan tidak pulak terlintas difikiran mereka untuk mengzahirkan masalah itu kepada buletin utama TV atau memaparkannya di muka depan akhbar-akhbar harian. Ini perkara biasa dalam hidup kerana kita hanya boleh merancang tapi ingat hanya Allah yang Maha Berkuasa keatas segala sesuatu perkara itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s