ketua Jabatan kena turun padang…….arahan KSN


Petikan dari Berita harian Metro 22 Nov. 2012.

Macammana tak guna alat kawalan jauh kalau dah banyak sangat program lawatan Pak Menteri yang kena ikut dan terpaksa menghaziri bermacam-macam jenis mensyuarat saban hari. Itu tak kira lagi yang terpaksa ke hulu hilir dengan kapal terbang dan kereta resmi ke Putra Jaya dan Ibu Pejabat kerana perbagai urusan dengan ketua-ketua besaq disana.Inilah alasan yang akan keluar nanti……

Ada kedapatan setengah ketua Jabatan pulak takut nak berhadapan dengan kumpulan sasar dan berharap ianya diselesaikan oleh orang bawahannya sahaja. Mereka ini lebih gemar melihat laporan dan menyelesaikan masalah dalam mensyuarat-mesyuarat yang semestinya diadakan setiap bulan dan kadang-kadang secara mingguan.

Yang paling mereka gemar sekali ialah menunggu kad-kad jemputan dan seterusnya menghaziri majlis-majlis resmi yang dianjurkan oleh jabata-jabatan lain atau oleh pihak Kerajaan Negeri sebagai tetamu memenuhi dan memanaskan kerusi sampai memakan masa sepagi suntuk.

Elok sangatlah KSN berkata demikian kerana mungkin beliau telah terbau akan lemahnya perjalanan jentera pentadbiran kerajaan kini yang mengakibatkan meningkatnya tahap kemarahan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah kini. Sana sini rakyat kuat melaungkan berbagai-bagai isu yang telah sekian lama ujud.

Kalau saban petang dan setiap minggu mereka ini boleh turun ke padang golf, jadi tidak mustahil kalau setiap minggu juga mereka ini boleh turun padang mengadap rakyat yang memerlukan perhatian mereka.

Kerja paling cemuih sekali ialah kena turun padang cabut rumput………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s