Guna media sosial bagi tujuan peribadi adalah pecah amanah-SPRM.

paksu berfbook

KUALA LUMPUR, 6 Jan — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkategorikan pekerja dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menggunakan media sosial bagi tujuan peribadi sebagai pecah amanah.
Menurut timbalan ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Sutinah Sutan, jika seseorang menggunakan tiga jam di pejabat untuk kegunaan peribadi, ia dilihat sebagai satu bentuk pecah amanah kerana kerajaan mempercayai dan membayar mereka untuk menyiapkan tugas yang diberi.

Hahaha sunyi leee Facebook lepasni. Baguslah, harap-harap lepasnie perkhidmatan kerajaan terutama kaunter yang terlibat dengan orang ramai akan lebih cekap dan akan lebih bersikap mesra pelangan.

Masaalahnya kadang-kadang bukan sengaja mereka ini nak melayari internet atau berfacebook. Paksu rasa mungkin mereka ini kekurangan tugas dan tanggungjawab dek kerana mungkin terlalu ramai staff dalam sesuatu bahagian atau jabatan itu.

Kalau dah kerja tak berapa nak ada, itu yang buat mereka ini mula nak menyembang dan keluar merayap ke kedai-kedai kopi dan pasaraya. Ketua jabatan pulak jarang berada di pejabat kerana selalu keluar daerah bermsyuarat dan menghaziri majlis-majlis resmi anjuran kerajaan.

Takpa, lepasni kita dengar apa kata presiden cuepec terhadap isu ini. Tentu melenting dia sebab baru dia bercadang nak pohon kenaikan gaji lagi pada tahun 2013 ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s