Cerita gi Kota Bahru…..

.facebook_835719696
Sebut sahaja Kota Bahru, semua kami sangat suka untuk kesana. Cuti sambutan tahun baru china baru-baru ini kami sekeluarga mengambil keputusan untuk bercuti di negeri Cik Siti Wau Bulan yang terkenal dengan perbagai cerita dan keunikannya yang tersendiri.

Sungguhpun telah banyak kali kami sekeluarga pernah beberapa kali bercuti dan berurusan di KB ini, namun perasaan “SYOK” untuk kesana lagi tetap tinggi berbanding dengan percutian di destinasi-destinasi pelancungan lain yang ada di dalam negeri ini.

Bermula dengan perhentian indah R&R di Puncak yang tak setaraf R&R PLUS di sepanjang lebuhraya utara selatan, kami akan seronok menjamu mata di kawasan perniagaan Bukit Bunga yang begitu meriah dengan pelancung tempatan dari pelusuk negeri. Tidak puas disini, Bazar Rantau Panjang pulak menjadi tempat persinggahan kesukaan pelancung yang gemar untuk mendapatkan barangan dari negara seberang.

Dari Pekan Rantau Panjang selalunya kita akan menyusur masuk ke Bandar Kota Bahru. Kali ini, kami sekeluarga memilih Tune Hotels di Jalan Hamzah yang betul-betul letaknya bersebelahan KB Mall sebagai tempat penginapan kami selama 3 malam.

Di Kota Bahru, sudah tentu pagi-pagi lagi ke Pasar Khadijah manakala di malam hari pulak Wakaf Che Yeh langkah diatur dalam kesesakan gerai perniagaan dan pelancung yang penuh sesak sehingga lewat pagi.

Paksu seperti biasa, bila bercuti hanya suka menghabiskan masa bertemu rakan-rakan dan menjamu selera makanan tempatan yang terkenal di bandar berkenaan. Tentang Kota bahru, memang Paksu amat kagum dan suka kerana keadaan bandar disini sungguh selesa dengan kita dan peniaganya amat mesra pelanggan.

PhotoGrid_1360912096550

Faktor harga juga menjadi tarikan mengapa paksu suka bercuti di sini. Semuanya termasuk kos pengangkutan, bilik penginapan dan makanan adalah berada pada tahap mampubayar dan rendah berbanding kalau kita bercuti atau berkunjung ke lain-lain tempat di malaysia ini. Jom nak gi lagi ni, kerana di Kota Bahru semua kita mampu bercuti dan banyak lagi tempat nak gi lihat………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s