FELCRA Vs UNIMAP

20130306_103214

Inilah rupanya bangunan projek Felcra Hulu Pauh Perlis yang usianya mungkin hampir 35 tahun yang duduknya betul-betul berhadapan dengan Universiti bertaraf 5 bintang di Pauh Perlis.
20130306_103208
Semalam PM Najib menyuntik RM2b lagi untuk pembangunan UNIMAP yang terbina diatas tanah yang dulunya sebahagian dari Projek Felcra Hulu Pauh, Perlis. Ini gambar komplek UNIMAP yg berada betul-betul di hadapan pintu masuk Komplek Pejabat Felcra Hulu Pauh yang nampak telah usang dan agak uzur.

20130306_102839
Felcra masih lagi berdiam diri melihat arus pembangunan UNIMAP dan keseluruhan kawasan berkenaan seolah-olah tiada kejadian luar biasa yang terjadi. Di kiri ialah baki kawasan tanaman kelapa sawit milik peserta Felcra Hulu Pauh yang dikatakan tidak boleh menjamin pendapatan yang lumayan kerana dikatakan keadaan tanahnya yang kering dan dikatakan tidak sesuai untuk tanaman kelapa sawit.
20130306_103017
Ini pintu masuk ke UNIMAP yang bertentangan dengan projek Felcra Hulu Pauh yang hanya disempadani oleh lebuh raya Changlun-kuala Perlis.

Apa yang dirancangkan kawan-kawan kita yang menjadi orang besar di menara Felcra Kuala Lumpur, wallahu’alam. Rasa-rasanya macam nak cabut lari sahaja meninggalkan komplek pejabat dan baki projek yang ada iaitu kawasan tanaman kelapa sawit seluas 500 ekar yang dikatakan kekurangan hasil kerana ketidaksesuaian jenis tanaman……….hahahaaa lawak juga bunyinya tuuuu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s