Akhirnya 3 April yang menjadi pilihan……

Semua bersorak gembira bila PM Datuk Seri Najib mengumumkan pembubaran parlimen melalui siaran langsung di TV jam 11.30 pagi tadi 3 April 2013.

Apa tidaknya, sejak akhir tahun 2012 lagi desas desus mengenai tarikh pembubaran ini dicanangkan dan ramai penganalisa-penganalisa politik tak bertauliah meramalkan perbagai tarikh dan alasan masing-masing.

Kita hanya boleh meramal dan merencana tapi Allah jua yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa menentukan segalanya.

Dan akhirnya Datuk Seri Najib telah memilih hari ini 3 April 2013 dengan mengambil sempena tarikh dia mengangkat sumpah jawatan PM 4 tahun lalu iaitu pada 3 April 2009.

Jadi semua andaian dan telahan mengapa beliau lambat membubar parlimen seperti yang diwacanakan oleh perbagai pihak adalah tidak tepat sebenarnya. Dan yang pasti semua kita telah dibiarkan bermain teka-teki sehingga begitu lama terbuai bagai pungguk rindukan bulan.

Bukan sahaja semuanya naik loya menanti tarikh pembubaran ini, malah hujan telah turun dengan lebatnya di sekitar Bandaraya Alor Setar petang tadi setelah sekian lama kita berpanas.
Photo2332

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s