Perlantikan DSSK sebagai Menteri di JPM merupakan Kejayaan berganda buat orang Arau

Arau

Tahniah kepada orang Arau. Semalam YAB Azlan Man ADUN Pauh yang juga dalam Parlimen Arau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Pelis yang baru mengganti Dato Seri Md.Isa Sabu. Dan sebentar tadi Dato Seri Najib semasa mengumumkan barisan kabinet barunya, telah melantik pulak Dato Seri Shahidan kassim Ahli Parlimen Arau sebagai Menteri di JPM.

Nampaknya orang Arau bertuah sekali pada musim PRU13 kali ini kerana dua orang kuat ini adalah datangnya dari kawasan Parlimen Arau. Adalah diharapkan Arau akan bertambah maju dan berubah wajah sesuai dengan statusnya sebagai Bandar DiRaja.

Perlantikan Dato Seri Shahidan Kassim ini sememangnya telah diduga berdasarkan pengalamannya yang lama dalam politik tanahair dan selari dengan kehendak PM Najib yang berharap “Kabinet Berimbang” beliau ini akan dapat meneruskan kesinambungan agenda transformasi negara.

Sebagai anak jati Perlis, kita tumpang gembira juga dan berharap Negeri Perlis yang indah dan permai ini akan bertambah makmor dan rakyatnya akan beroleh kesejahteraan dibawah kepimpinan baru ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s