Petua hindari panas akibat makan durian…….

musim buah2an

musim buah2an


Musim buah-buahan tempatan mendatang lagi. Di sana sini penuh dengan perbagai buah-buahan tempatan terutama raja segala buah iaitu durian berlonggok-longok dijual dari harga sekilo RM2 hingga kepada RM45 bergantung kepada jenis dan tempat ianya dijual.

Orang seumur ana memang suka sangat dengan buah-buahan tempatan ini, tetapi terpaksa menghadkan pengambilannya dan terpaksa juga memilih buah-buah tertentu sahaja untuk dimakannya. Banyak sangat pantangnya. maklumlah body lama.

Dari pemerhatian kasar ana, anak-anak zaman sekarang tidak berapa genmar sangat dengan buah-buahan tempatan ini. Apatah lagi nak suruh mereka masuk kebun serta memanjat bukit kedusun buah-buahan.

Apa-apa pun buah-buahan tempatan seperti rambutan,manggis,langsat dan durian tetap menjadi buruan penggemarnya dan masih ada tempat dipasaran tempatan ini. seperti harum manis, harga buah durian juga boleh dijual pada harga serendah RM2 sekilo dan setinggi-tinggi RM50 sekilo bergantung kepada tempat datang dan jenis buah durian itu sendiri. Tempat dimana kita beli durian itu pun turut mempengaruhi paras harganya.

Dan akhirnya ana nak beri petua untuk menghilangkan rasa panas dalam badan akibat makan terlalu banyak durian. Petua ini ana perolehi dari Pak Imam surau ana yang sungguh kuat makan durian. Dia berpesan selepas makan durian itu, minumlah air sambil membaca doa seperti yang Nabi Ibrahim baca semasa beliau dicampakkan kedalam api. Tengok ayat 69 surah al-Anbiya. Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s