Berhari raya bersama Paksu Pencen

raya paksu pencen
Seperti tahun-tahun sebelum ini, PP sememangnya mengamalkan konsep kesederhanaan dalam apa jua perkara termasuk sambutan hari raya.

Ini bersesuaian sekali bilamana kerajaan pulak hanya memberikan RM250 sahaja kepada pesara kerajaan sebagai bantuan khas pada hari raya kali ini.

Berbekalkan baju dan kain pelekat yang sedia ada, PP seperti biasa beraya dirumah sendiri disebelah paginya manakala petangnya PP beserta anak menantu dan cucu semua berangkat pulak ke kampong halaman berhari raya bersama sanak saudara terdekat.

Isteri PP selalunya tidak banyak menyediakan kueh raya. Semua kueh raya ditempah khas dari adik PP yang setiap tahun jadi Towkey Kueh Raya maksud PP pembuat kueh raya. Isteri PP hanya menyediakan ketupat dan rendang daging serta menu istimewa raya tahun ini ialah nasi special dengan masak merah itek.

Tiada istilah “open house” bagi PP dan keluarga pada setiap kali raya. Pintu rumah senantiasa terbuka untuk semua tetamu dan pada bila-bila masa, baik siang atau pun malam.

Namun selalunya PP dan keluarga akan keluar bercuti pada raya ke-3 dan destinasi tahun ini ialah Bandaraya Kuala Lumpur. PP dan anak-anak selalunya akan menghabiskan masa bersama dua atau tiga malam dengan melepak bersama dan melawat tempat-tempat tertentu sebagai pengisian masa cuti panjang mereka.

Jom kita kembali semula kepada kehidupan seharian kita sambil beribadah dan memuji Tuhan kita Allah Yang Maha Besar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s