Hinanya kalau kita disifatkan hanya setakat mengisi kekosongan jawatan sahaja……

KH KAH KAH Tun Dr Mahathir Mohamad mantan PM pun dah tak berapa nak percaya kepada penjawat awam yang ada kini. Tengok apa kata dia dibawah ni.

Nak kata tak betui pun ada betuinya kerana apa yang diucapkan oleh Tun dan apa yang dilakukannya selama ini telah dianggap sebagai lebih kurang sebagai “fatwa” jugak oleh sesetengah pihak dan kita semua. Lihat dan pikirlah sendiri apa maksud kata-katanya ini.

petikan dari berita harian online 19 ogos 2013.

Bekas Perdana Menteri berkata jika MAS diswastakan, pengurusannya akan berusaha memastikan syarikat mencatat keuntungan dengan setiap sen dibelanjakan dihitung, berbanding pengurusan yang setakat bertugas untuk mengisi kekosongan jawatan.

Katanya lagi:

Pengalaman saya dengan PROTON, pemilik baru yang mengambil alih syarikat itu daripada pengurusan yang bekerja untuk kerajaan, amat menitikberatkan aspek keuntungan. Kalau syarikat itu terus menggunakan duit kerajaan, tiada siapa yang peduli,” Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lu pikirlah sendiri terutama yang masih dok berkhidmat dalam sektor awam dan yang dok merungut sangat akan sibuk dan teruk dalam menjalankan tugas-tugas seharian yang kadang-kadang bukan menyenangkan rakyat malah ada setengah tu menyusahkan rakyat dan membazirkan pulak wang negara.

Kadang-kadang duduk diluar lebih senang melihat keburukan dan kelemahan dari oarang yang duduk didalam tu. Sebab itulah didalam syarikat atau pertubuhan diperlukan pasukan odit luar untuk melihat dan mencari akan kecuaian dan kelemahan sesuatu organisasi itu.

Jangan marah ya, bukan Paksu yang kata tapi mantan PM kesayangan kita yang mengzahirkannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s