Bila agaknya isu PTPTN ini akan dapat diselesaikan……

Masyaallah, tak habis-habis kisah nak kutip hutang dari pelajar-pelajar yang memimjam dari PTPTN. Sebelum PRU13 tempohari sibuk pasal isu PR nak lupuskan pinjaman dan selepas pilihanraya pulak sibuk kerajaan BN nak menyenaraikan peminjam ingkar dibawah sistem Rujukan kredit Pusat (CCRIS) yang mungkin akan memberi kesan yang teruk kepada peminjam-peminjam ingkar berkenaan.

Alhamdulillah ada juga orang seperti Menteri muda serupa KJ yang berani untuk menyanggah atau menentang cadangan dari kerjaan atau Kementeria Pelajaran. Kalau dulu jarang Pak Menteri terutama yang tua-tua yang akan berani bersuara menentang cadangan dari kementerian atau dari Menteri lain. Sokong semedang, tak kira samada rakyat suka atau tidak.

Menurut berita harini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menyatakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menerusi kenyataan beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya (FB) keputusan itu dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan, hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan yang telah mendengar pandangan golongan muda.

Paksu pun sokong cara KJ, baiklah PTPTN berusaha dan mencari jalan bagaimana cara terbaik untuk memungut kembali pinjaman berkenaan daripada membiarkan para lawyer dan undang-undang serta surat saman yang memakan belanja tinggi dan menyusahkan semua pihak.

Kalau lembaga Hasil Dalam Negeri boleh melaksanakan kaedah potongan gaji berjadual untuk pungutan cukainya setiap bulan, mengapakah PTPTN tidak boleh melaksanakannya.
Dan kalau pihak-pihak tertentu boleh menguruskan pengeluaran wang caruman KWSP untuk pembelian Saham Amanah, Komputer dan Rumah, mengapa pulak PTPTN tidak boleh mengaturkannya dengan pihak kerajaan untuk menguruskan pengeluaran wang caruman KWSP ini untuk bayaran balik pinjaman mereka bagi memenuhi kantung dana PTPTN yang gersang itu.

Lupikirlah banyak sikit agar jangan jadi macam apa yang Mantan PM Mahathir kata iaitu sesetengah orang menjadi ketua di sektor kerajaan hanya memenuhi kekosongan jawatan sahaja…atau sekadar menunggu masa umur nak pencen jaaa.hahaaaaaaaaa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s