Raya Ex-felcra 2013 di Ipoh dan Bangi

Sempena bulan Shawal yang mulia ini, ramai diantara kita mengambil kesempatan untuk bertemu mesra dan menjalin hubungan silaturrahim sesama keluarga atau sahabat handai.

Begitulah juga bagi Ex-Felcra yang dulunya sekian lama sama-sama berada dalam satu bumbung pejabat atau sama-sama bertugas dalam satu organisasi telah mengambil inisiatif untuk berkumpul dan bertemu setiap kali tiba Shawal.

Pada 24 Sept.bertempat di Restoran DRC semat Quran yang diuruskan oleh salah seorang rakan Ex-Felcra yang terletak di Chemor, seramai 24 orang yang terdiri dari rakan-rakan ex-felcra dari sekitar Ipoh dan Kedah telah mengambil inisiatif bersantai sambil bercerita hal masing-masing.

Manakala Festa iaitu pertubuhan yang dianggotai oleh bekas kakitangan Felcra pulak telah menganjurkan perjumpaan ini pada Ahad 1 September di Bangi Golf Resort.

Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat ana rakamkan dimajlis berkenaan yang dihaziri oleh warga Ex-Felcra di Ipoh dan Bangi.
exfelcra utara-908145345

hidangan nasi arab kambing dr restoran DRC Semat Quran

hidangan nasi arab kambing dr restoran DRC Semat Quran


ex-felcra beraya di Ipoh

Perjumpaan hari raya Festa 2013 di Bangi Golf Resort pada 1 September 2013
festaraya2
Festaraya 1Sept.2013
Raya Festa 2013
Raya Festa 2013
Raya Festa 2013

Seronok dapat berjumpa rakan-rakan ex-felcra dalam majlis sebegini. Kalau dulu kita seronok bila berjumpa dalam majlis resmi atau tugas resmi, begitulah juga perasaannya bila bertemu pada kini. Cuma dulu mungkin kita dibatasi dan terhalang oleh kedudukan pangkat dan jawatan, tapi kini kita bertemu dalam keadaan yang lebih terbuka dan merdeka kerana semuanya kini berjawatan Ex-Felcra.

InsyaaAllah semoga mendapat rahmat dan diberkati akan segala usaha ini sebagaimana kata hadith ini iaitu dari Jubair bin Mut’im meriwayatkan bahawa, beliau mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: “Orang yang memutuskan tali solaturrahim, tidak akan memasuki syurga.” (HR Bukhari)

Jom tahun depan kita pakat p ramai-ramai untuk bertemu rakan-rakan ex-felcra se Malaysia nanti. Bon Jour.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s