Cerita beg orang pergi Mekkah.

Sebut saja mengenai beg, MasyaaAllah terkejut pegawai Arab Saudi bila melihat jemaah haji Malaysia yang penuh di tangan dan badannya dengan beg. selain dari beg silang di badan, dikiri dan kanan tangan juga penuh bergantungan dengan beg. Nasib baik beg pakaian besar dibawa terus ke bilik hotel masing-masing.

Hahaha inilah keadaan jemaah-jemaah haji dengan urusan beg masing-masing semasa pergi dan balik dari menunaikan kerja haji di mekah selama lebih kurang 46 hingga 52 hari.

beg standard bila nak ke mekah

beg standard bila nak ke mekah

anak-anak pun turut serta menguruskan beg2 ke mekah

anak-anak pun turut serta menguruskan beg2 ke mekah

barisan beg utk pemeriksaan keselamatan

barisan beg utk pemeriksaan keselamatan

tediaaa semua pakai beg kuning penaja tuuu..TQ maybank

tediaaa semua pakai beg kuning penaja tuuu..TQ maybank

banyaknya beg tuu Hajjah........

banyaknya beg tuu Hajjah……..

beg pun 'beranak" masa nak balik ke malaysia....

beg pun ‘beranak” masa nak balik ke malaysia….

Lebih menyeronokkan sekali pasal beg ini ialah pada hari-hari terakhir berada di Madinah dan hari terakhir sebelum berangkat balik ke Malaysia. Pegawai Tabung Haji telah memberi amaran bahawa setiap beg tidak boleh melebihi berat 30kg dan jemaah perlu memastikan arahan ini dipatuhi agar perkara yang tidak diingini berlaku iaitu beg akan terlewat sampai atau berkemungkinan barangan didalamnya akan dibuang.

Keadaan ini menambahkan lagi suasana kelam kabut jemaah haji yang memborong sakan semasa berada di Mekkah dan Madinah. Apa lagi berseronoklah Pos Malaysia yang menyediakan pakage penghantaran barangan jemaah haji ke Malaysia dengan kadar bayaran SAR14 sekilo. Buat duit laaaa Pos Malaysia.

Selain tu ada juga jemaah haji yang terpaksa membeli beg tambahan untuk memastikan semua barangan yang dibeli semasa di Mekah dan Madinah selamat sampai ke Malaysia.

Inilah secebis cerita mengenai beg yang sememangnya sinonim dengan sesiapa pun yang mengerjakan haji di Tanah Suci Mekkah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s