Bulan melawat Kajang 11 Mac – 23 Mac 2014.

Imej

Pengumuman resmi telah pun dibuat oleh SPR bahawa penamaan calon bagi PRK N25 Kajang ialah pada 11 Mac akan datang manakala pilihanrayanya ialah pada 23 Mac ini.

Maka bermula esok akan sibuklah disana sini, bukan sahaja di Kajang malah seluruh pelusuk negara akan membincangkan hal ini sehinggalah selesai PRK berkenaan.

Selalunya PRK ini memang dinanti-nantikan malah kini diminta oleh sesetengah pihak terutama mereka yang memang hidup atas mata pencarian berpolitik.

Apa tidaknya, selepas ini pak sibuk kaki politik dan macai-macai akan bersiap sedia untuk mendapatkan perbagai peruntukan dan peluang dari party-party yg bertanding.

PRK kali ini dijangka akan berlaku pertarungan hebat bilamana DSAI dari PKR telah pun menyatakan hasratnya untuk bertanding bagi kerusi DUN 25 Kajang ini.

Kajang sepanjang dua bulan ini sudah tentu akan menerima kunjungan ramai pemain-pemain politik dari seluruh negara yang terlibat dengan kempen meraih sejumlah undian dari 39278 pengundi yang berdaftar.

Sudah tentu macam-macam program dan aktiviti akan berlansung disepanjang tempoh tersebut. Hadiah-hadiah dan buah tangan serta jamuan tentu akan menyusuli kempen dari party-party yang bertanding untuk orang Kajang. Dan yang paling untung ialah sekolah, mesjid,surau,tokong cina dan hindu dan NGO serta segenap lapisan masyarakat Kajang akan dapat beberapa peruntukan tertentu dari Pak Menteri yang datang melawat mereka nanti.

Jom kita p Kajang,kalau bernasib baik boleh makan free satey kajang.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s