From Kedah to Dublin

Alhamdulillah lega rasanya bila kaki dapat jejak kaki ke bumi setelah sekian lama di udara....

Alhamdulillah lega rasanya bila kaki dapat jejak kaki ke bumi setelah sekian lama di udara….

Alhamdulillah lega rasanya bila kapal terbang Emirates yang dinaiki selamat mendarat di Dublin 1100am waktu Dublin,Jumaat 11 April. Apa tidaknya,bermula Rabu 9 April bertolak dari Alor Setar untuk naik pesawat Emirates pada jam 1930pm pada Khamis 10 April menjadikan 3 hari jumlah masa perjalanannya.Sebelumnya kami sempat turun ke lapangan terbang Dubai buat seketika jugak untuk pertukaran kapal penerbangan. Alhamdulillah sempat bersolat jemaah subuh di surau airport dengan berimamkan Pak Arab Dubai agaknya.

Sebaik tiba di Dublin, perasaan gundah,risau dan ketidakselesaan semuanya terbuang kerana disambut anak kesayangan serta keramahan dan layanan baik pemandu teksi disini. Walau pun tambangnya 38 euro iaitu hampir RM200 tapi layanan dan sikap pemandu teksi disini memang patut dipuji dan perlu ada ada pada semua kita makhluk Allah di dunia ini.

Alhamdulillah sampai sahaja di Dublin, anak ana terus bawa ke salah satu mesjid yang ada di bandar ini untuk solah jumaat.

Ramai orang Pakistan disini...

Ramai orang Pakistan disini…

Selesai solah jumaat, barulah acara seterusnya bermula iaitu melelapkan mata yang dah layu menanti bantal. Tak ingat sangat kepada makan kerana makanan yang dihidangkan Emirates amat baik sekali dan sebelum mendarat di Dublin, sempat kami semua dihidangkan dengan bryani kambing.

Jom tidor dulu sebelum nanti kita ketemu dengan cerita menarik tentang apa yang ada di sekitar Dublin, UK.InsyaAllah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s