Al-Kisah cerita seronok ditempat orang……

Memang sifat semula jadi manusia akan suka kepada yang baharu. Jadi berada ditempat baru dengan suasana baru seperti di Dublin yang jauh beribu batu dari negara asal kita sudah tentu sukanya menjadi lebih dan teruja. Berada disini seperti berada didalm bilik yang 24jam berhawa dingin. Suhunya yang jauh berbeza (kini 8C) dengan suhu negara kita sudah membuatkan kita rasa seronok dan merasa kelainannya.

Bersantai di Grafton Street, Dublin

Bersantai di Grafton Street, Dublin

Kebiasaan orang pencen, kedai kopi menjadi tempat pertama yang mesti dicari. Banyak ilham dan info boleh diperolehi disini. Bagi yang biasa minum di cafe, Old Town White Cooffee, Starbucks dan lain-lain restoran makanan segera yang ada berselerak di negara kita, harga bukan menjadi masaalah. Harga makanan dan minuman disini boleh diperolehi dengan kadar harga serendah 1 Euro (1Euro bersamaan RM4.50).
Namun ianya bergantung kepada jenis restoran dan tempat kita makan. Janji halal dan harganya mampu bayar, Insyaallah semuanya beres.

Hari pertama disini, ana hanya mengambil kesempatan melawat tempat sekitar kawasan tempat ana tinggal iaitu di Aungier Street yang terletak dalam kawasan perniagaan.(tinggal di tingkat atas rumah kedai). Memang mudah segalanya Alhamdulillah. Dan lokasi pertama yang dilawati ialah berpelisiran sambil menjamu mata di pusat perniagaan yang terletak disepanjang Grafton Street. Kalau di KL tu, macam di Jalan Masjid India atau Jalan Tunku Abdul Rahman rasanya. Tapi di Gtafton Street keadaannnya jauh lebih baik dan menarik. Tiada kenderaan kereta atau motor yang dibenar melalui kawasan ini dan tiada sampah sarap atau warung-warung serta penjaja yang menjaja di kaki lima kedai.

Kawasan beli belah yg bebas dari kenderaan bermotor.

Kawasan beli belah yg bebas dari kenderaan bermotor.

Sepanjang sehari suntuk hari ini memang hanya cukup dikawasan ini sahaja. InsyaAllah esok ana berdadang nak meninjau pula beberapa tempat menarik dan tersohor disekitar bandar Dublin. Tunggu beberapa keping gambar yang akan ana paparkan nanti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s