INFAQ KECEMASAN PEDULI UMMAH SYRIA

Alhamdulillah sempena Ramadhan al-Mubaraq ini ana berkesempatan bersama Sheikh dari Syria yang dibawa Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) untuk bersama-sama berbuka puasa dan bersolat sunat terawih di tempat ana.

Bersama Syeikh Mohamad al-Masry dari Syria

Bersama Syeikh Mohamad al-Masry dari Syria

Beliau telah bersama-sama jemaah ditempat ana dalam majlis berbuka puasa dan seterusnya mengimamkan solat sunat terawih. Dalam tazkirah ringkas beliau selepas solat sunat terawih, Sheikh Mohamad al-Masry sempat menerangkan keadaan yang berlaku keatas rakyat Syria dan ana bangga sekali dengan semangat dan sikap yang ditunjukkan beliau dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran untuk rakyat Syria.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku dan menimpa umat Islam di Syria dan lain-lain negara seperti di Gaza, adalah merupakan ujian besar dari Allah SWT terhadap kita semua umat Islam didunia kini. Apa yang berlaku ini sudah barang tentu mempunyai hikmah dari Allah dan kita perlu penuh sabar menghadapinya.

Apa yang kita perlu buat ialah sama-samalah kita semua umat Islam memohon keampunan diatas segala dosa-dosa kita terhadap Allah SWT dan bertaubat. InsyaAllah semoga kita semua akan dilindungi Allah SWT serta memperolehi limpah rahmatnya dalam hidup di dunia dan akhirat kelak.

Beliau memetik ayat 5 dan 6 dalam surah al-Insyirah yang bermakna “Maka sesungguhnya beserta kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan”. Itulah janji Allah swt.

Akhir sekali beliau juga memohon agar rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan aman dan sejahtera ini dapat menyumbang sedikit bantuan kewangan bagi membantu rakyat Syria yang dalam kesusahan. Semoga derma dan sumbangan ini dapat meringankan bebanan dan membantu kesulitan rakyat Syria yang sedang berjuang kerana agama Allah.

Dari Zaid bin Khalid r.a.Rasulullah saw bersabda: “Siapa yang menyiapkan keperluan orang berperang dalam agama Allah, maka sesungguhnya dia bererti turut berbeperang. Siapa yang membantu keluarga orang yang berperang dalam agama Allah, maka bererti dia turut berperang”.

Sumbangan boleh disalurkan kepada:
DANA MAPIM : Maybank Islamic Acc no :5582 2060 5312
Tel: 017-5606131/019-7585658/019-4443309/019-4111069

JOM kita pakat-pakat sumbang dan derma untuk INFAQ KECEMASAN PEDULI UMMAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s