Cerita Terangganu kite…..

Baru-baru ini berpeluang sampai ke Terangganu setelah sekian lama tidak menjejak kaki kesana. Benar kata pepatah ” sekali air bah sekali pantai berubah”. Tidak dinafikan banayak perubahan berlaku dan kini Terangganu yang sinonim dengan negeri keropok leko telah berjaya membuktikan ianya boleh menjadi salah sebuah Bandar Pelancongan yang menarik.

Tempat penginapan berupa hotel,resort dan challet dimana2

Tempat penginapan berupa hotel,resort dan challet dimana2

mesjid Kristal kini menjadi tarikan pelancong

mesjid Kristal kini menjadi tarikan pelancong

Mesjid Kristal yang kecoh diperkatakan dulu kerana pembinaannya yang memakan belanja jutaan ringgit kini telah menunjukkan hasilnya. Pelancong tempatan berpusu-pusu mengunjung untuk melihat kecanggihan pembinaan mesjid ini. Sememangnya negeri-negeri lain juga patut mengambil contoh perkembangan ini dengan menjadikan mesjid-mesjid terkenal sedia ada sebagai produk pelancongan masing-masing. JAKIM patut melihat perkembangan ini dan menyediakan prasarana moden dan sesuai serta pengurusan yang profesional bagi merealisasikan idea ini, InsyaAllah.

Selain itu, keadaan pantainya yang panjang dan bersih juga membuatkan Negeri Darul Iman ini menjadi lebih menarik dan menjadi pemangkin kepada pembangunan industri pelancongan. Disepanjang jalan pantai dari Kuala Terangganu ke Kota Bahru tumbuh bagai cendawan gerai-gerai makanan laut dan ujudnya challet dan pusat peranginan yang beharga sederhana memeriahkan lagi susana percutian untuk para pelancong.

Pantai adalah aset utama negeri Darul Iman .

Pantai adalah aset utama negeri Darul Iman .

Paksu ditanya apa yang menariknya ke Terangganu? Paksu kalau ke Terangganu semamangnya akan mencari makanan kegemaran Paksu. Selain keropok losong, nasi dagang memang menjadi buruan Paksu. Tapi kali ini Paksu diperkenalkan dengan produk baru iaitu ICT dan SCT (Ikan Celup Tepong dan Sotong Celup Tepong) serta Satar.

Gerai2 makan tumbuh bagai cendawan disepanjang jalan pantai KT-KB

Gerai2 makan tumbuh bagai cendawan disepanjang jalan pantai KT-KB


Satar....Terangganu banyak makanan tempatan yg menjadi tarikan pelancong

Satar….Terangganu banyak makanan tempatan yg menjadi tarikan pelancong

Beruntung Kerajaan Terangganu, sudahlah kaya dengan hasil minyak, kini pelancongan telah menjadi sumber pendapatan yang tak kurang penting untuk negerinya. 91% bilik hotel dan penginapan di bandar Kuala Terangganu penuh disepanjang musim percutian. Alhamdulillah syukur dengan segala nikmat Allah ini semoga rakyat Terangganu beroleh nikmat dan kebaikan darinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s