Orang Muda Vs OrangTua

Lama betul bercuti dari menulis dalam blog ini. Bukan apa, kini pengguna media sosial lebih banyak menumpukan perhatian kepada whatsaap, facebook , twitter dan intergram.

Paksu juga tidak mahu ketinggalan dan lebih banyak masa kini tertumpu kepada handphone yang lebih mudah dan cepat capaiannya.

Harini dengan sedikit masa yang terluang ini, teringat pulak untuk mengaktifkan semula blog Paksu Pencen yang telah sekian lama rehatnya.

Terbaca berita dari Berita Harian Online yang menyiarkan saranan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai tujuh langkah untuk memartabatkan kembali bola sepak negeri Selangor menjadikan Paksu berminat pulak untuk menulis disini.

Paksu tidak nak ulas tujuh langkah yang digariskan oleh Tengku Amir berkenaan kerana semua itu memang yang terbaik dan patut bukan sahaja dipertimbang sebaliknya patut diikiuti terus dengan meminda perlembagaan FAS yang sedia ada.

Saranan Raja Muda Selangor ini juga patut diambil tindakan yang sama oleh badan- badan sukan lainnya.

Tahniah dan syabas kepada Raja Muda Selangor yang berani  berkata yang benar dan menasihati badan sukan ini.Kadang – kadang idea serta pandangan orang muda ini lebih bernas dan ada ketelusannya berbanding Otai serta mereka yang berkepentingan

Semua maklum Otai- Otai berkepentingan terutama orang politik tidak sepatutnya dibenar memegang jawatan dalam badan sukan dan juga organisasi perniagaan lain.

Rasanya tentu ramai yang meyokong saranan ini tetapi masih ramai yang tidak berani menyuarakannya kerana mungkin ada mempunyai kepentingan peribadi atau takut akan kesan selepasnya.

Biarlah badan sukan serta perniagaan diterajui mereka yang benar – bebas dan berkelayakkan serta berkeupayaan. Otai – Otai terutama ahli politik terutamanya yang ada jawatan seperti menteri besar dan menteri kabinet perlu kita ketepikan. Biarlah menumpukannya kepada pembangunan negara dan rakyat secara global dengan tidak melibatkan diri dalam pentabiran badan sukan dan perniagaan tertentu.

Berilah peluang kepada mereka yang lebih layak terutama golongan muda dan profesinal lain yang berlamabak- lambak ada dalam negara kita ini. Bantulah mereka atas kapisiti kerajaan dan pehak berwajib.

Orang muda tentu lebih segalanya dan mereka tentu lebih memahami akan hasrat dan kehendak orang muda masakini berbaanding Otai yang kekadang pengalamannya walaupun banyak tapi mungkin telah tidak secocok dengan keadaan dan panorama dunia baru yang serba serbi baru kini.

Wallahualam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s